About My Sweet Dadih

My Sweet Dadih merupakan sebuah projek mikroenterprise di bawah kelolaan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) bagi membantu warganegara kurang upaya (OKU) berniaga. En Fadil, seorang yang mempunyai kekurangan upaya tetapi cekal dan bersemangat tinggi untuk keluar dari kepompong kemiskinan yang dialami selama ini.

Atas dasar prihatin, Muslim Aid melancarkan projek ini yang pertama kalinya dilaksanakan di Malaysia. Bantuan yang dilakukan oleh Muslim Aid adalah dalam bentuk promosi seperti penyediaan blog, brosur dan sebagainya, manakala segala keuntungan akan diterima sepenuhnya oleh En Fadil.

Projek My Sweet dadih ini akan bermula pada 1 Mei 2009 nanti. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami, Muhammad atau Azmira di talian 03-2288 1996, atau emelkan kepada, muhammad@muslimaidasia.com / azmira@muslimaidasia.com
 

My Sweet Dadih Copyright 2009 My Sweet Dadih Created by AdvertBlogger Supported by Azmira, Designed by Amir